fb fb fb fb fb

Penyelidik temui bukti baharu berkaitan status sosial di Pompeii

(FOTO AFP)

ROME, 21 Ogos - Pakar Arkeologi telah menemui sebuah bilik tidur kecil di sebuah Villa Roman berhampiran bandar purba Pompeii yang dipercayai digunakan oleh golongan hamba, sekali gus memberi petunjuk bagi merungkai persoalan status sosial pada era Roman, menurut kementerian Kebudayaan Itali pada Ahad.

Bilik berkenaan ditemui villa Civita Giuliana 600 meter di utara dinding Pompeii yang tertimbus akibat letusan gunung berapi gunung Vesuvius kira-kira 2,000 tahun lalu.

Bilik tersebut mengandungi dua buah katil, tikar, dua buah kabinet pinggan seramik dan sistem pembuangan najis.

"Penemuan tersebut membuktikan keadaan yang tidak teratur disamping kebersihan yang rendah dalam kalangan masyarakat bawahan pada zaman tersebut", kata kementerian kebudayaan dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, tiada kesan jeriji, kunci atau rantai ditemui bagi menghalang penghuni bilik itu dari bergerak bebas.

"Nampaknya kawalan dilakukan secara organisasi, bukannya halangan dan kekangan fizikal," kata Gabriel Zuchtriegel, pengarah Taman Arkeologi Pompeii.

Penggalian di vila Civita Giuliana telah dilakukan pada 1907-1908, dan sekali lagi dari 2017, apabila pihak berkuasa menyedari tapak itu dirompak oleh penjarah haram.

Ahli arkeologi berkata alah satu katil telah dimusnahkan oleh terowong yang digunakan oleh penjarah untuk mengakses bahagian lain vila itu.

Pompeii dan kawasan luar bandar di sekitarnya telah ditenggelami oleh abu gunung berapi apabila Gunung Vesuvius meletup pada 79 sebelum masehi dan telah membunuh beribu-ribu penduduk Rom.-REUTERS



(Penemuan bilik di bandar purba Pompeii beri petunjuk kepada pakar Arkeologi
berkaitan status sosial masyarakat pada era Rom/FOTO AFP)

Media Baharu