fb fb fb fb fb

Korea Utara pantau unit ketenteraan, beri amaran kepada AS dan Korea Selatan

FOTO AFP

PYONGYANG, 21 Ogos- Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini melawat pasukan tentera laut dan menyelia pelancaran ujian peluru berpandu strategik, menjelang permulaan latihan ketenteraan bersama antara Seoul dan Washington.

Menurut agensi berita kerajaan KCNA, Kim memeriksa salah satu armadanya di Laut Timur, juga dikenali sebagai Laut Jepun dan menyaksikan kru mengadakan latihan pelancaran peluru berpandu jelajah strategik.

"Latihan itu bertujuan untuk mengesahkan semula fungsi kapal tempur dan ciri sistem peluru berpandunya serta mempersiap siaga anggota tentera laut yang mahir, menjalankan misi serangan dalam perang sebenar," menurut laporan berita KCNA.

Laporan itu turut tidak menyatakan bila lawatan itu berlaku atau memberikan butiran lanjut mengenai jenis peluru berpandu yang dilancarkan, bagaimanapun berkata peluru itu bakal mencapai sasaran dengan pantas tanpa kesilapan.


(FOTO AFP)

Seoul menafikan laporan KCNA itu, sengaja dibesar-besarkan dan mengandungi banyak percanggahan daripada kebenaran untuk mendapat perhatian dunia.

"Kedua-dua Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah memantau sebarang tanda berkaitan dan kami kesan lebih awal, dalam masa nyata," kata Ketua Turus Bersama Seoul dalam satu kenyataan.

Pengumuman Korea Utara dibuat ketika latihan tahunan Ulchi Freedom Shield, latihan bersama utama antara Seoul dan Washington bermula hari ini.

Latihan itu bertujuan untuk menentang ancaman yang semakin meningkat dari Korea Utara yang mempunyai senjata nuklear, akan berlangsung hingga 31 Ogos.

Pyongyang melihat semua latihan tersebut sebagai latihan untuk pencerobohan dan telah berulang kali memberi amaran bahawa ia akan mengambil tindakan berimpak besar sebagai tanda tindak balas kepada latihan itu.- AFP

Media Baharu