(Keadaan di luar Pejabat Peguam Daerah Manhattan ketika orang ramai
menunggu kemungkinan dakwaan terhadap bekas presiden Donald Trump/AFP)
NEW YORK, 24 Mac- Donald Trump dilihat sengaja memberi gambaran tidak tepat berhubung penahanannya berkaitan siasatan sogokan wang bagi 'menutup mulut' pelakon filem lucah, Stormy Daniels, daripada mendedahkan skandal seksual membabitkan mereka.
Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah ketidakpastian ketika juri yang mendengar kes itu membuat undian untuk mendakwa Trump, tindakan bersejarah yang akan menghangatkan kempen pilihan raya 2024 di mana calon Republikan berusia 76 tahun itu bertanding semula bagi jawatan presiden.
Pejabat Peguam Daerah Manhattan, Alvin Bragg, membuat kenyataan itu dalam surat yang dihantar kepada tiga penggubal undang-undang Republikan, yang sebelum ini memintanya memberi keterangan di hadapan Kongres mengenai siasatan itu.
Anggota Republikan terbabit, yang kesemuanya adalah pengerusi jawatankuasa Dewan Perwakilan, menuduh Bragg, seorang Demokrat, melancarkan pendakwaan bermotif politik dalam surat mereka pada Isnin lalu.
Menurut peguam di pejabat Bragg, Leslie Dubeck, penghantaran surat itu adalah suatu tindakan yang belum pernah berlaku sebelum ini, merujuk kepada pendakwaan yang masih berjalan.
"Surat itu hanya datang selepas Donald Trump membuat dakwaan mungkin ditahan mencipta dan difahamkan, peguamnya menggesa anda campur tangan sedangkan tiada asas yang sah untuk siasatan Kongres," katanya.
(Pejabat Peguam Daerah Manhattan/AFP)
Catatan Trump di laman maya, Truth Social, mencetuskan spekulasi media dan amaran Demokrat bahawa tindakan terhadap Trump itu mungkin menyaksikan berulangnya keganasan yang dicetuskan penyokongnya di bangunan Capitol pada 6 Januari 2021.
Polis New York juga mengadakan sekatan di luar pejabat Bragg, Menara Trump dan Mahkamah Jenayah Manhattan, di mana Trump akhirnya akan hadir di hadapan hakim jika didakwa.
Trump akan menjadi bekas presiden pertama yang pernah didakwa dengan jenayah jika barisan juri iaitu panel rakyat yang dipanggil oleh Bragg, memutuskan pendakwaan terhadapnya berasas
Bragg sedang menyiasat bayaran AS$130,000 kepada Daniels ketika kempen pilihan raya presiden 2016.
Pembayaran itu didakwa dibuat untuk menghalangnya daripada mendedahkan kepada umum mengenai hubungan mereka.
Sesetengah pemerhati percaya dakwaan itu menjejaskan peluang Trump bagi kempen presiden 2024.
Naum tidak kurang manakala yang berpendapat ia boleh meningkatkan sokongan. - AFP