WASHINGTON, 5 September – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka mentafsir semula Perjanjian Rejim Kawalan Teknologi Peluru Berpandu (MTCR) 1987 bagi membolehkan penjualan dron serangan berat ke luar negara.
Langkah itu dijangka membuka laluan kepada penjualan lebih 100 dron MQ-9 kepada Arab Saudi sebagai sebahagian daripada perjanjian senjata bernilai AS$142 bilion.
Sekutu AS di Pasifik dan Eropah turut menunjukkan minat terhadap dron berkenaan.
Dengan mengklasifikasikan dron sebagai pesawat dan bukan sistem peluru berpandu, AS dapat mengelak daripada kekangan perjanjian berkenaan sekali gus mempercepatkan urus niaga dengan negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara Eropah Timur.
Menurut pegawai AS, usaha itu merupakan sebahagian awal kajian semula besar terhadap program Jualan Ketenteraan Asing Washington.
Jurucakap Jabatan Negara enggan memberi komen lanjut. -REUTERS