NEW YORK, 5 September – Tesla mencadangkan pelan pampasan luar biasa bernilai AS$1 trilion kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Elon Musk, yang bakal menjadi pakej gaji korporat terbesar dalam sejarah.
Menurut pemfailan kawal selia, pelan itu memberi Musk sehingga 12 peratus pegangan saham Tesla, bernilai kira-kira AS$1.03 trilion jika syarikat mencapai nilai pasaran AS$8.6 trilion dalam tempoh sedekad.
Pampasan itu tidak melibatkan gaji atau bonus tunai, sebaliknya dibayar melalui saham jika Tesla mencapai sasaran pasaran dan operasi, termasuk penjualan jutaan kenderaan elektrik, pelancaran robotaksi serta pembangunan robot humanoid berkuasa AI.
Jika diperoleh sepenuhnya, pegangan Musk dalam syarikat akan meningkat daripada 13 peratus, sekali gus mencetuskan perdebatan mengenai tadbir urus dan pengganti kepimpinan.
Saham Tesla naik sekitar dua peratus dalam dagangan prapasaran selepas pengumuman itu.
Awal tahun ini, lembaga Tesla meluluskan pampasan interim bernilai AS$29 bilion kepada Musk bagi memastikan beliau kekal sehingga sekurang-kurangnya 2030.
Syarikat itu turut memindahkan ibu pejabatnya dari Delaware ke Texas selepas mahkamah membatalkan dua kali pakej pampasan Musk pada 2018.
Rayuan kes masih tertangguh di Mahkamah Agung Delaware. -REUTERS