fb fb fb fb fb

Trump sifatkan upacara pembukaan Paris 2024 memalukan

Donald Trump / AFP

WASHINGTON, 30 Julai- Calon presiden AS Donald Trump pada Isnin menyifatkan upacara pembukaan Sukan Olimpik di Paris sebagai "memalukan".

Ia selepas penciptanya mendapat kecaman beberapa pihak mengatakan upacara tersebut mempersembahan pertunjukan yang melampaui batas.

"Saya sangat berfikiran terbuka tetapi saya fikir apa yang mereka lakukan adalah memalukan," kata Trump kepada Fox News.

Terdahulu, kumpulan Katolik dan uskup Perancis mengecam adegan yang melibatkan penari, 'drag queen' dan seorang DJ dalam satu gambaran yang kelihatan seperti 'Last Supper', walaupun pencipta ia hanyalah seni semata-mata dan tidak membabitkan suasana keagamaan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE