fb fb fb fb fb

Hamas hanya akan letak senjata jika Palestin merdeka

FOTO REUTERS

GAZA, 3 Ogos - Hamas pada Sabtu menegaskan pihaknya tidak akan meletakkan senjata selagi sebuah negara Palestin yang bebas dan berdaulat sepenuhnya tidak diwujudkan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pergerakan itu menyatakan, “Perjuangan bersenjata ... tidak boleh dihentikan kecuali dengan pemulihan penuh hak kebangsaan kami, terutama sekali penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.”

Terdahulu, rundingan tidak langsung antara Hamas dan Israel bagi mencapai gencatan senjata selama 60 hari serta perjanjian pembebasan tebusan berakhir tanpa sebarang kata sepakat minggu lalu.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE