VLADIVOSTOK, 3 Ogos - Latihan ketenteraan laut bersama China-Rusia, “Joint Sea-2025”, bermula Jumaat di pelabuhan tentera di Vladivostok, Russia, menandakan pengukuhan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.
Latihan yang dijadualkan dari 1 hingga 5 Ogos itu bertemakan kerjasama bagi menjaga keselamatan laluan strategik dan menangani ancaman keselamatan di Pasifik Barat.
Pada majlis pembukaan, pengarah utama kedua-dua negara menyatakan operasi bersama akan dilaksanakan dalam keadaan kompleks bagi menambah pengalaman serta memperkukuh keupayaan menghadapi ancaman peperangan masa depan.
Kedua-dua pihak akan memberi tumpuan kepada tema latihan, memperkukuh komunikasi, memperluas pertukaran dan kerjasama, serta meningkatkan keupayaan operasi bersama tentera laut kedua-dua negara.
Selepas majlis pembukaan, kakitangan jabatan pengarah bersama dan pusat arahan bersama mula melaksanakan pelan latihan dan mengagihkan tugasan.
Selepas latihan berakhir, kedua-dua pihak akan bergerak ke kawasan tertentu di Lautan Pasifik untuk menjalankan rondaan laut bersama.-REUTERS