fb fb fb fb fb

UAE, Jordan ketuai misi penghantaran bantuan dari udara di Gaza

FOTO REUTERS

DUBAI, 3 Ogos - Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan mengetuai penghantaran bantuan udara ke-59 ke Gaza pada Jumaat, dengan penyertaan Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol, lapor media Emirati.

Operasi itu melibatkan tujuh pesawat pengangkut tentera, dengan rakaman menunjukkan bungkusan bantuan dimuatkan ke dalam pesawat sebelum digugurkan di beberapa kawasan Gaza.

Penduduk Palestin kemudiannya dilihat mengutip bekalan tersebut. Bagaimanapun, tarikh dan lokasi sebenar rakaman tidak dapat disahkan.

“UAE telah berjaya melaksanakan penghantaran bantuan udara ke-59 sebagai sebahagian daripada Operasi Birds of Goodness ke atas Gaza. Usaha UAE ini telah menginspirasikan negara lain untuk melakukan penghantaran seumpama itu bagi menangani krisis kebuluran,” kata penyelaras Operation Chivalrous Knight 3 di Gaza.

Penghantaran tersebut adalah sebahagian daripada Operation Chivalrous Knight 3 yang bertujuan menyalurkan makanan dan bantuan ke kawasan paling teruk terjejas di Gaza.- VIORY

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE