fb fb fb fb fb

Presiden Sri Lanka gagal dapat sokongan untuk pilihan raya semula

Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe/Foto REUTERS

COLOMBO, 30 Julai-Presiden Sri Lanka,Ranil Wickremesinghe gagal mendapatkan sokongan daripada parti terbesar bagi pemilihan semula.

Situasi berkenaan menjejaskan prospek untuk menang pada pengundian yang dijadualkan pada 21 September depan.

Hampir 17 juta daripada 22 juta penduduk Sri Lanka layak untuk mengundi untuk menentukan masa depan reformasi di negara kepulauan Asia Selatan itu yang mengharungi krisis kewangan terburuk dalam beberapa dekad.

Presiden Sri Lanka,Wickremesinghe dilihat sebagai calon pilihan bagi memenangi pilihan raya akan datang memandangkan dia antara yang sangat dekat dengan proses reformasi negara berkenaan.

Dia mengambil alih jawatan Presiden pada Julai 2022 apabila ekonomi merosot di bawah krisis kewangan yang teruk dicetuskan oleh kekurangan rekod rizab pertukaran asing.

Tetapi dengan hanya satu kerusi di parlimen, beliau memerlukan sokongan daripada Parti Sri Lanka Podujana Peramuna (SLPP), yang memegang majoriti parlimen dan menganggap bekas presiden Mahinda Rajapaksa dan abangnya sebagai calon utama untuk menjadi pesaing jawatan Presiden.

Meskipun keputusan parti SLPP merupakan tamparan kepada pencalonannya sebagai Presiden, namun ia tidak menghalang Wickremesinghe untuk tetap terus bertanding.

Wickremesinghe turut berpeluang untuk menang memandangkan dia bertanding sebagai calon bebas dan memungkinkan puak pemisah dalam SLPP dan pembangkang untuk menyokongnya.

"Biro politik memutuskan dengan bahawa Sri Lanka Podujana Peramuna akan bertanding di bawah lambang parti SLPP," kata Setiausaha Agung SLPP Salaga Kariyawasam kepada pemberita selepas mesyuarat biro politik parti.

"Calon SLPP akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang", tambah Kariyawasam.

Sepanjang dua tahun lalu Wickremesinghe telah menyelia pemulihan ekonomi yang rapuh dengan mendapatkan program penyelamatan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bernilai $AS 2.9 bilion yang membantu membendung kejatuhan rupee, membendung inflasi dan membina semula simpanan dolar negara berkenaan.

Wickremesinghe juga menetapkan asas untuk Sri Lanka memulakan perbincangan penstrukturan semula hutang dengan pemiutang dan pemegang bon.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD