fb fb fb fb fb

Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan

Raja Maghribi Mohammed VI

RABAT, 30 Julai- Raja Maghribi Mohammed VI pada Isnin memberi pengampunan kepada tiga wartawan serta beratus lagi banduan sempena ulang tahun ke-25 raja itu menduduki takhta.

Omar Radi, Soulimane Raissouni dan Taoufik Bouachrine, serta ahli sejarah dan pembela hak asasi manusia Maati Monjib, adalah antara 2,476 orang yang diampunkan, kata seorang pegawai kerajaan.

Kumpulan hak asasi manusia termasuk Reporters Without Borders (RSF) terdahulu mengecam pemenjaraan Radi dan Raissouni, yang ditahan sejak 2020 atas tuduhan serangan seksual yang mereka nafikan.

Human Rights Watch telah menuduh Maghribi menggunakan perbicaraan jenayah, terutamanya untuk kesalahan seksual yang didakwa, sebagai "teknik penindasan" untuk menutup mulut wartawan dan pengkritik kerajaan.

Mahkamah tertinggi negara itu menolak rayuan terakhir dua wartawan itu pada Julai 2023.

Maghribi menduduki tempat ke-129 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2024 RSF.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE