fb fb fb fb fb

Trump: Pekerja asing masih dialu-alukan di AS

Pesawat sewa khas yang membawa ratusan pekerja Korea Selatan selepas dibebaskan susulan serbuan imigresen AS, pada 11 September 2025. / Foto AFP

NEW YORK, 15 September - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Ahad menegaskan pekerja asing yang dibawa masuk ke negara itu “dipersilakan” dan beliau tidak mahu “menakutkan pelabur”, susulan penahanan ratusan warga Korea Selatan di Georgia baru-baru ini.

Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump, 79, berkata: “Saya tidak mahu menakutkan atau melemahkan semangat pelaburan.”

Pada 4 September lalu, seramai 475 individu, kebanyakannya warga Korea Selatan, ditahan dalam operasi Imigresen dan Kastam (ICE) di tapak pembinaan kilang bateri kenderaan elektrik milik Hyundai-LG di Georgia.

Pihak berkuasa mendakwa mereka melanggar syarat visa atau tidak memiliki permit sah untuk melakukan kerja buruh.

Operasi itu merupakan serbuan terbesar sejak Trump memperluas tindakan keras imigresen di seluruh negara.

Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, menyifatkan tindakan itu sebagai “mengelirukan” dan memberi amaran ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur.

Dalam hantaran sama, Trump menegaskan kelonggaran sementara wajar diberi kepada pakar asing yang diperlukan untuk membangunkan produk kompleks seperti cip, semikonduktor dan komputer. - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI