fb fb fb fb fb

Trump mahu dapatkan kembali dana AS untuk sokong perang Ukraine

Konflik Ukraine-Rusia/ AFP

NATIONAL HARBOR, 23 Februari- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mahu mendapatkan semula wang berbilion dolar yang dihantar untuk menyokong perang Ukraine menentang Rusia, ketika Washington dan Kiev dalam rundingan berhubung perjanjian sumber mineral.

"Saya berurusan dengan Presiden Zelensky. Saya berurusan dengan Presiden Putin. Saya cuba mendapatkan semula wang itu atau dijamin," kata Trump.

"Eropah memberikannya dalam bentuk pinjaman. Mereka mendapat kembali wang mereka. Kami memberikannya dalam bentuk tiada apa-apa. Jadi saya mahu mereka memberi kami sesuatu untuk semua wang yang kami simpan', katanya.

Trump memaklumkan bahawa pihaknya sedang berusaha mendapatkan semula wang tersebut semasa Persidangan Tindakan Politik Konservatif (CPAC), sebuah perhimpunan tahunan Republikan di luar Washington.

"Kami meminta nadir bumi dan minyak serta apa sahaja yang kami boleh dapatkan.

"Kami akan mendapatkan semula wang kami kerana ia tidak adil. Dan kita akan lihat, tetapi saya fikir kita hampir mencapai perjanjian, dan lebih baik kita hampir kerana itu adalah situasi yang mengerikan", katanya.- AFP

ROSLINA BINTI DIN