fb fb fb fb fb

Trump longgar peraturan industri angkasa lepas swasta

Donald Trump melonggarkan peraturan industri angkasa lepas, memberi kelebihan kepada SpaceX milik Elon Musk. Foto- AFP

WASHINGTON, 14 Ogos - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menandatangani perintah eksekutif bagi melonggarkan peraturan industri angkasa lepas swasta, termasuk menghapuskan beberapa semakan alam sekitar.

Perintah itu bertujuan meningkatkan bilangan pelancaran angkasa komersial dan mewujudkan pasaran pelancaran yang lebih kompetitif menjelang 2030.

Trump sejak kembali ke White House pada Januari, kerap mempromosikan misi menghantar manusia ke Bulan dan Marikh menggunakan roket Starship keluaran SpaceX milik Elon Musk.

Langkah itu dijangka memberi manfaat kepada Musk yang menyokong pengurangan kawal selia industri.

Kumpulan alam sekitar Center for Biological Diversity menyifatkan perintah itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana berisiko memusnahkan hidupan dan tumbuhan terpelihara.

Jurucakapnya, Jared Margolis, berkata perintah itu membahayakan manusia dan hidupan liar akibat pelancaran roket gergasi yang sering meletup dan merosakkan kawasan sekitar.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan sebelum ini meluluskan peningkatan pelancaran tahunan Starship daripada lima kepada 25 kali setahun.-AFP

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN