WASHINGTON, 27 Ogos - Presiden Donald Trump membayangkan konflik berdarah di Gaza akan berakhir hujung tahun ini.
Ia susulan beliau mempengerusikan mesyuarat khas di White House untuk membincangkan situasi di Gaza.
Utusan khas Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff berkata, Israel ketika ini terbuka untuk meneruskan perbincangan dan Hamas juga telah memberikan persetujuan untuk mencari penyelesaian.
Ketika ditanya apakah terdapat rancangan pasca perang untuk Gaza, Witkoff menyatakan White House sedang mengusahakan rancangan yang sangat kompreshensif bagi tujuan tersebut.
Keganasan Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023 telah mengorbankan lebih 62,000 rakyat Palestin.
Tindakan tidak berperikemanusiaan Tel Aviv juga telah mewujudkan krisis kelaparan dan kebuluran dalam kalangan penduduk Gaza.-Reuters