fb fb fb fb fb

Trump komited beri cek AS$2,000 kepada rakyat AS

FOTO AFP

WASHINGTON, 13 November - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, komited untuk memberikan cek bernilai AS$2,000 kepada rakyat AS menggunakan dana hasil tarif yang dikutip kerajaan, menurut kenyataan White House pada Rabu.

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, berkata kakitangan Trump kini sedang meneliti perkara tersebut.

"White House komited untuk merealisasikannya. Ya. Kami kini sedang meneliti semua pilihan undang-undang untuk menjayakannya.

"Saya tiada garis masa atau butiran lanjut untuk dikongsi, tetapi saya boleh mengesahkan bahawa Presiden (Trump) jelas ingin melaksanakannya.

"Pasukan penasihat ekonominya sedang meneliti perkara ini dan sebaik sahaja ada maklumat terkini, kami akan maklumkan," katanya di sini.

Terdahulu, Trump menyatakan AS berdepan krisis ekonomi dan keselamatan sekiranya Mahkamah Agung menolak penggunaan undang-undang kuasa kecemasan bagi mengenakan tarif menyeluruh terhadap hampir semua negara. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM