WASHINGTON, 3 September- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengkritik China, Rusia dan Korea Utara dalam platform Truth Social miliknya, ketika sambutan perarakan ketenteraan terbesar di China berlangsung hari ini.
Trump dilihat memuat naik ciapan berunsur sindiran, menegur Presiden China, Xi Jinping supaya menyampaikan salamnya kepada Vladimir Putin dan Kim Jong Un serta menyelar tindakan pemimpin dunia itu yang didakwa berkonspirasi menentang AS.
“Semoga Presiden Xi dan rakyat China menikmati hari sambutan yang hebat dan berkekalan.
Sampaikan salam mesra saya kepada Vladimir Putin dan Kim Jong Un, ketika anda berkonspirasi menentang Amerika Syarikat," kata Trump.
Trump dalam hantaran itu turut menekankan sumbangan besar AS dalam membantu China menamatkan peperangan menentang pencerobah asing, termasuk pengorbanan nyawa ramai tentera AS.
Beliau menyeru agar keberanian dan pengorbanan mereka dihormati dan diingati.
China menganjurkan perarakan ketenteraan terbesar dalam sejarahnya, menunjukkan kekuatan tentera dan pengaruh politik, di mana Xi cuba menampilkan Beijing sebagai pengawal dunia tanpa campur tangan AS. -REUTERS