fb fb fb fb fb

Thailand bubar parlimen, Anutin Charnvirakul sebagai calon PM

Anutin Charnvirakul/AFP

BANGKOK, 3 September- Perdana Menteri sementara Thailand, Phumtham Wechayachai mengumumkan pembubaran Parlimen selepas Parti People’s Party, pembangkang terbesar, menyokong Anutin Charnvirakul sebagai calon perdana menteri.

Keputusan itu berpotensi membawa kepada pilihan raya baharu sebelum akhir tahun, dua tahun selepas pilihan raya terakhir pada 2023.

Kekosongan kuasa berlaku sejak pengguguran Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra oleh Mahkamah Perlembagaan kerana pelanggaran etika.

Sokongan People’s Party terhadap Anutin adalah bersyarat dengan pembubaran Parlimen dalam tempoh empat bulan.

Anutin, yang sebelum ini pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kesihatan berkata adalah tanggungjawab ahli parlimen untuk mengundi beliau.

Parti Pheu Thai masih memerintah sebagai kerajaan sementara manakala Parti Bhumjaithai yang diketuai Anutin menarik sokongan daripada bekas perdana menteri Paetongtarn berikutan isu sempadan dengan Kemboja.

Hanya individu yang dicalonkan pada pilihan raya 2023 layak menjadi perdana menteri, dengan jumlah calon tinggal lima orang. -AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM