WASHINGTON, 8 September - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran kepada syarikat asing supaya mematuhi undang-undang negara.
Ini selepas kira-kira 300 pekerja haram dari Korea Selatan ditangkap di sebuah loji bateri Hyundai-LG di Selatan Georgia.
Tangkapan dibuat dalam sebuah operasi anti-migran di seluruh negara.
“Tolong hormati Undang-undang Imigresen Amerika Syarikat. Pelaburan anda dialu-alukan, dan kami menggalakkan anda untuk membawa pekerja secara sah.
"Sebagai balasan saya harapkan anda mengupah dan melatih Pekerja Amerika," katanya dalam media sosial.
Sementara itu, LG Energy Solution mengesahkan seramai 47 pekerjanya telah ditangkap dengan 46 daripadanya merupakan warga Korea Selatan dan seorang warga Indonesia.
Manakala kira-kira 250 pekerja lagi dipercayai bekerja dengan pihak kontraktor.
Syarikat Korea Selatan sebelum ini telah melabur berbilion dolar untuk membina kilang di Amerika Syarikat dalam usaha untuk mengakses pasaran selain mengelak ancaman tarif.-AFP