WASHINGTON, 27 Ogos - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan mahu segera menamakan calon bagi menggantikan Lisa Cook dalam Lembaga Gabenor Rizab Persekutuan (Fed), lapor Wall Street Journal pada Selasa dengan memetik sumber terdekat.
Antara calon berpotensi ialah penasihat ekonomi rapat Trump, Stephen Miran, serta bekas Presiden Kumpulan Bank Dunia, David Malpass, yang juga sekutu rapat beliau.
Malpass sebelum ini mengkritik Fed kerana tidak menurunkan kadar faedah.
Reuters bagaimanapun belum dapat mengesahkan laporan tersebut.-REUTERS