fb fb fb fb fb

62,819 terbunuh, 158,629 cedera di Gaza sejak konflik meletus

FOTO REUTERS

GAZA, 27 Ogos - Angka korban di Gaza meningkat kepada 62,819 orang dengan 158,629 lagi cedera sejak konflik antara Hamas dan Israel tercetus pada Oktober 2023, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza pada Selasa.

Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, hospital di wilayah berkenaan merekodkan 75 kematian dan 370 kecederaan.

Sementara itu di bandar Ramallah, seramai 58 rakyat Palestin cedera pada Selasa selepas tentera Israel bersama polis sempadan menyerbu sebuah premis pertukaran mata wang di pusat bandar, menurut Agensi Berita WAFA.

Dalam kenyataan berasingan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memaklumkan lima individu dikehendaki telah ditahan, manakala ratusan ribu shekel dirampas daripada premis berkenaan yang didakwa menyalurkan dana kepada Hamas.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE