fb fb fb fb fb

Trump dakwa ditahan Selasa ini, gesa penyokong adakan bantahan

(Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/FOTO REUTERS)

NEW YORK, 19 Mac - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjangkakan beliau akan diberkas pada Selasa (21 Mac) membabitkan satu kes yang dibawa pejabat peguam Manhattan.

Menurut satu hantaran di laman Truth Social pada Sabtu, Trumpt turut menggesa para penyokongnya agar membantah tindakan tersebut.

Jurucakap bagi pejabat peguam Manhattan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.

Tanpa memberikan sebarang bukti, Trump berkata bahawa 'kebocoran haram' dari pejabat peguam daerah Manhattan menunjukkan beliau akan ditahan.

Bagaimanapun, Trump tidak menyatakan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya itu.

"Berlaku kebocoran secara tidak sah dari pejabat peguam daerah Manhattan yang korup dan bermotifkan politik... menandakan bahawa, dengan ketidakbenaran yang tidak dapat dibuktikan... "

"Calon Republikan terkemuka, bekas presiden Amerika Syarikat akan ditahan pada hari Selasa ini.

"Bantah, ambil semula negara kita," tulis Trump.

Catatan Trump itu dipercayai berhubung kes pembayaran wang terhadap seorang wanita yang didakwa melakukan hubungan seksual bersama bekas pemimpin nombor satu itu.

Pegawai penguat kuasa undang-undang di New York sudah membuat persiapan keselamatan untuk sebarang kemungkinan bagi mendakwa Trump. - REUTERS

(Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/FOTO REUTERS)

Media Baharu