fb fb fb fb fb

19 maut nahas bas di Bangladesh

(FOTO AFP)

DHAKA, 19 Mac - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 25 cedera selepas sebuah bas merempuh pagar lebuh raya dan terjunam ke dalam parit di tepi jalan, kata polis.

Polis mengesyaki kemalangan yang berlaku pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) itu disebabkan pemandu hilang kawalan dan melanggar pagar lebuh raya utama yang baru dibina, menyebabkan bas itu terhumban sedalam sembilan meter ke dalam parit.

(Orang ramai berkumpul selepas sebuah bas mengalami kemalangan di Madaripur
selepas sebuah bas merempuh pagar lebuh raya dan terjunam ke dalam
parit di tepi jalan / FOTO AFP)

"Jumlah kematian meningkat kepada 19. Sekurang-kurangnya 12 orang cedera parah. Mereka telah dihantar ke Hospital Kolej Perubatan Dhaka di ibu negara," kata ketua polis tempatan, Masud Alam.

Dilaporkan kemalangan jalan raya kerap berlaku di Bangladesh kerana kenderaan dan jalan yang lama serta tidak diselenggara dengan baik selain pemandu yang kurang terlatih.

Pemantau kemalangan lebuh raya berkata seramai 9,951 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Bangladesh tahun lalu.-AFP

Media Baharu