fb fb fb fb fb

Sebuah pasar raya di selatan Ecuador kelam kabut akibat gempa

ECUADOR, 19 Mac - Gempa bumi kuat dengan 6.8 magnitud melanda Ecuador, menyebabkan pelanggan di sebuah pasar raya di selatan Ecuador panik dan bergegas keluar.

Rakaman video oleh Andrea Erazo Ordóñez menunjukkan barang dalam pasar raya itu terjatuh dari rak dan terbalik.

Agensi komunikasi presiden berkata gempa itu mengakibatkan 17 orang terkorban dan lebih 380 lagi cedera, sebahagian besarnya di wilayah El Oro.

Menurut Institut Geofizik Ecuador, gempa awal itu diikuti dengan dua gegaran lemah susulan pada jam berikutnya.

(FOTO REUTERS)

Gempa turut dirasai di wilayah utara negara itu, namun laporan mengatakan keadaan itu tidak membawa bahaya kepada orang ramai serta harta benda. - REUTERS

Media Baharu