fb fb fb fb fb

Pyongyang lancar peluru berpandu keempat dalam tempoh seminggu

SEOUL, 19 Mac- Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat pada Ahad yang merupakan pelancaran kali keempat dalam tempoh seminggu.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan memaklumkan, Pyongyang melakukan pelancaran itu ketika Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan ketenteraan secara bersama.

Latihan ketenteraan selama 11 hari itu dikenali sebagai 'Freedom Shield' merupakan yang terbesar dilaksana kedua-dua negara dalam tempoh lima tahun.

"Tentera kami mengesan satu peluru berpandu balistik jarak dekat yang dilepaskan dari sekitar kawasan Tongchang-ri di wilayah Pyongan Utara pada pukul 11.05 pagi ke arah Laut Timur.

Tentera kami mengekalkan kesediaan penuh dengan kerjasama erat dengan Amerika Syarikat," katanya.

(Foto fail)

Seoul dan Washington telah meningkatkan kerjasama pertahanan dalam menghadapi ancaman ketenteraan dan nuklear yang semakin meningkat dari Korea Utara.

Pyongyang telah menjalankan beberapa siri ujian senjata terlarang yang semakin provokatif dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Penganalisis sebelum ini menjangkakan, Korea Utara mungkin akan menggunakan latihan Korea Selatan-AS itu sebagai alasan untuk menjalankan lebih banyak pelancaran peluru berpandu dan mungkin juga ujian nuklear.-AFP

Media Baharu