WASHINGTON, 16 Oktober - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk memindahkan beberapa perlawanan Piala Dunia 2026 dari bandar yang mempunyai isu keselamatan.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau mengkritik tahap keselamatan awam di Boston, yang dijadual menjadi tuan rumah tujuh perlawanan di Stadium Gillette, Foxborough, kira-kira 30 batu dari bandar berkenaan.
Bagaimanapun, FIFA menegaskan keputusan muktamad mengenai lokasi kekal di bawah bidang kuasanya, dengan Naib Presiden Victor Montagliani menegaskan bahawa “ini adalah kejohanan FIFA dan keputusan dibuat oleh FIFA.”
Perlawanan pertama di Boston dijadual berlangsung pada 13 Jun, melibatkan aksi Kumpulan C pada hari ketiga kejohanan yang turut dianjurkan oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.