fb fb fb fb fb

Trump bersedia lawan pertuduhan terhadap dirinya

WASHINGTON, 1 April - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terkejut dengan pendakwaan yang dilakukan pasukan undang-undang ke atas dirinya, namun beliau bersedia melawan semua pertuduhan berkenaan.

Trump yang berusia 76 tahun masih berharap dirinya dapat menawan semula Washington pada 2024.

Melalui media sosialnya 'Truth Social', Trump berkata 'ganggu pilihanraya, mahkamah kangaroo'.

Trump akan diambil cap jari dan gambarnya di mahkamah Manhattan pada petang Selasa sekali gus sebagai presiden AS pertama yang berdepan tuduhan jenayah.

Trump turut mendakwa jadi 'mangsa politik', mungkin ditahan esok kata salah seorang peguam beliau, Joe Tacopina.

Kes yang dibawa oleh peguam daerah Manhattan Alvin Bragg itu merupakan cabaran undang-undang yang besar melibatkan bekas presiden itu yang mungkin mengaku tidak bersalah.

Sementara itu, Donald Trump kini berada di kediaman mewahnya di Mar-a-Lago di Florida, pada mulanya terkejut dengan dakwaan pertuduhan berkenaan dan dia kini berada keadaan bersedia untuk melawan perkara terbabit. - AFP

Media Baharu