fb fb fb fb fb

Puting beliung badai Arkansas ragut 2 nyawa, puluhan lagi cedera

ARKANSAS, 1 April - Puting beliung ganas membadai Little Rock, Arkansas, dan bandar-bandar berdekatan semalam.

Bencana itu meragut sekurang-kurangnya dua nyawa  dan menyebabkan puluhan lagi cedera.

Bencana tersebut turut mendatangkan kerosakan pada bumbung dan dinding sebilangan besar bangunan sehingga menyebabkan banyak kenderaan terbalik serta menumbangkan pokok dan menjejas bekalan elektrik di wilayah tersebut.

Selang beberapa jam kemudian, satu lagi ribut kencang membadai utara Illinois yang turut menyebabkan bumbung sebuah auditorium runtuh ketika sebuah kumpulan pemain gitar rancak sedang membuat persembahan di atas pentas.

Seorang terkorban manakala 28 lagi dikejarkan ke hospital.

Lima daripada mereka cedera parah, kata ketua bomba di Belvidere, Shawn Schadle.



Beliau menambah sekitar 260 orang menghadiri konsert di panggung persembahan Apollo Theatre yang terletak di bandar itu.

Gabenor Arkansas Sarah Huckabee Sanders berkata dalam satu sidang media bahawa puting beliung itu menyebabkan sekurang-kurangnya mengorbankan dua nyawa di Wynne, terletak sekitar 160 kilometer dari timur Little Rock, berdekatan dengan sempadan Tennessee.

Ketika kejadian hampir 30 orang mengalami kecederaan di Little Rock dibawa ke hospital oleh jabatan bomba dan kakitangan kecemasan lain  kata Datuk Bandar Frank Scott Jr.

Pihak polis menyatakan beberapa bahagian hujung barat bandar tersebut paling teruk terjejas - REUTERS



Media Baharu