fb fb fb fb fb

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan bagi kajian "gain-of-function" iaitu eksperimen mikroorganisma yang mengubah fungsi biologi/AFP

WASHINGTON, 6 Mei- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengarahkan sekatan terhadap kajian biologi yang didakwa menyebabkan pandemik COVID-19, yang dipercayai berpunca daripada kebocoran virus SARS-CoV-2 di makmal di China.

Menurut perintah eksekutif yang ditandatangani Trump di White House, AS akan menghentikan pembiayaan bagi penyelidikan "gain-of-function" di negara-negara tertentu.

Penyelidikan "gain-of-function" adalah satu kajian yang bertujuan untuk meningkatkan sifat patogen.

Trump telah lama menyokong teori SARS-CoV-2 bocor dari Institut Virologi Wuhan akibat penyelidikan tersebut berbanding teori mengatakan virus itu merebak secara semula jadi dari haiwan liar ke manusia.

Pada 2020, Trump turut menghentikan penyelidikan coronavirus kelawar yang dibiayai oleh Institut Kesihatan Nasional AS (NIH) di Wuhan.

Namun, kajian tersebut dipulihkan semula di bawah pentadbiran Joe Biden. -AFP

SITI AISHAH MD ISA