fb fb fb fb fb

Trump akan naikkan tarif terhadap Colombia dalam masa terdekat

Foto REUTERS

WASHINGTON, 20 Oktober - Presiden Amerika Syarikat (A.S) Donald Trump akan menaikkan tarif terhadap Colombia dan menghentikan semua pembayaran kepada negara di benua Amerika Selatan itu.

Ia sekali gus akan memperhebat pertikaian yang berpunca daripada serangan tentera A.S ke atas kapal yang didakwa membawa dadah di rantau tersebut.

“Kita akan hentikan semua wang yang kita berikan kepada mereka, Colombia kini berada di luar kawalan dan kini mereka mempunyai presiden paling teruk dalam sejarah mereka,” kata Trump kepada wartawan semasa di dalam pesawat Air Force One.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan bentuk bantuan kewangan yang dimaksudkan oleh Trump.

Sebelum ini, Colombia merupakan antara penerima bantuan terbesar A.S di Barat, namun aliran dana itu tiba-tiba dihentikan tahun ini selepas penutupan USAID, agensi bantuan kemanusiaan kerajaan A.S.

Pada masa ini, Colombia membayar tarif sebanyak 10 peratus bagi kebanyakan barangan import ke Amerika Syarikat.

Bagaimanapun Presiden A.S itu berkata, kadar baharu tersebut akan diumumkan dalam tempoh terdekat. - REUTERS 

Trainee