ARIZONA, 22 September - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan jutawan Elon Musk dilihat kembali duduk sebaris di upacara memperingati Charlie Kirk, di Glendale, pada Ahad.
Kedua-duanya kelihatan berbual mesra dan bersalaman, meskipun pernah berkonflik selepas Musk menentang rang undang-undang cukai dan perbelanjaan utama pentadbiran Trump.
Musk sebelum ini menyumbang lebih AS$270 juta kepada kempen Trump serta mengetuai inisiatif kontroversi “Jabatan Kecekapan Kerajaan” (DOGE), sebuah agensi ditubuhkan pada penggal kedua Trump yang bertindak mengurangkan jumlah besar tenaga kerja serta agensi persekutuan.
Namun, beliau kemudian mengumumkan penubuhan parti baharu “America First” yang masih belum menunjukkan perkembangan.
Akaun rasmi White House turut berkongsi rakaman video Trump dan Musk di platform media sosial X.
Mereka duduk dalam stadium bersama puluhan ribu hadirin yang berkumpul memberi penghormatan kepada Kirk, yang ditembak mati pada 10 September lalu di sebuah universiti di Utah.
Musk turut memuat naik gambar beliau bersama Trump di X dengan kapsyen ringkas: “For Charlie.” - AFP
For Charlie pic.twitter.com/8092jIt319
— Elon Musk (@elonmusk) September 21, 2025