RIO DE JANEIRO, 22 September – Ribuan rakyat Brazil turun ke jalan raya di Rio de Janeiro, Sao Paulo dan Brasilia membantah rang undang-undang kontroversi yang bakal memberi kekebalan kepada ahli Parlimen serta mengurangkan hukuman terhadap mereka yang terlibat dalam insiden menyerbu bangunan kerajaan pada 8 Januari 2023.
Golongan artis, pelajar dan aktivis melaungkan slogan “tiada pengampunan” sambil membawa sepanduk mengecam rang undang-undang itu.
Di Rio de Janeiro, penyanyi terkenal Caetano Veloso terlibat dengan protes sambil mengadakan persembahan di Pantai Copacabana di hadapan lebih 40,000 orang.
Protes yang dianjurkan gerakan berhaluan kiri dan artis merebak ke sekurang-kurangnya 22 ibu negeri.
Rang undang-undang yang diluluskan peringkat awal di Kongres minggu lalu itu menerima tentangan hebat orang ramai, dengan laporan tempatan menunjukkan 83 peratus hantaran di media sosial mengecam rang undang-undang kekebalan tersebut. -REUTERS