NEW YORK, 22 September - Gelombang sokongan antarabangsa terhadap Palestin semakin kuat apabila Portugal menjadi negara barat terbaharu mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, susulan langkah sama oleh Britain, Kanada dan Australia.
Menteri Luar Portugal, Paulo Rangel, berkata pengiktirafan itu adalah kesinambungan kepada dasar luar negaranya yang konsisten menyokong penyelesaian dua negara.
“Pengiktirafan Negara Palestin adalah pemenuhan kepada dasar yang asas, konsisten dan dipersetujui secara meluas,” katanya kepada pemberita di New York menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang bermula Isnin.
Menurutnya, Portugal percaya penyelesaian dua negara merupakan satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan, sekali gus menggalakkan kewujudan bersama secara aman antara Palestin dengan Israel.- AFP