DELHI, 19 September- Seorang lelaki di India menemui ajal secara tragis pada hari lahirnya yang ke-32 apabila maut selepas terjatuh ke dalam longkang terbuka.
Kejadian berlaku di kawasan Gavandi di Bhajanpura dekat sini pada 15 September lepas.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa, Harish Bainsla duduk di tepi tembok berhampiran longkang terbuka dan ketika mengubah kedudukan, dia tiba-tiba kehilangan keseimbangan sebelum terjatuh ke dalam longkang tersebut.
Lelaki itu kelihatan bergelut dan gagal diselamatkan walaupun beberapa individu dipercayai rakan-rakan mangsa cuba menyelamatkannya.
Difahamkan kejadian berlaku pada pagi Ahad lalu selepas Harish pulang meraikan hari lahirnya bersama rakan-rakan.
Harish berjaya dibawa keluar oleh bomba dan polis, namun dia disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.
Susulan daripada kejadian itu, penduduk mengesa agar langkah keselamatan yang lebih baik diambil di sekitar longkang terbuka agar kejadian sama tidak berulang. -Reuters