fb fb fb fb fb

Putin arah tambah tentera kepada 1.5 juta anggota

Vladimir Putin/AFP

MOSCOW, 19 September- Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan penambahan bilangan anggota tentera negara itu kepada 1.5 juta orang untuk memastikan ketenteraan yang terlatih.

Beliau menandatangani dekri pada Isnin lepas untuk menambah 180,000 anggota tentera aktif menjadikan tentera Rusia sebagai kedua terbesar di dunia bagi bilangan anggota aktif.

Ini merupakan kali ketiga Putin mengarahkan penambahan tentera sejak konfliknya dengan Ukraine bermula pada Februari 2022.

"Kerjasama rapat antara pihak berkuasa persekutuan dan wilayah adalah perlu untuk memastikan angkatan bersenjata dilengkapi individu terlatih dan bersedia.

"Ini merujuk khususnya kepada unit dan kompaun kesiapsiagaan tempur tetap dari daerah ketenteraan baru," kata Putin semasa pertemuan dengan pegawai pertahanan.

Rusia telah menyusun semula daerah ketenteraan di Moscow dan Leningrad awal tahun ini sebagai tindak balas kepada ketegangan dengan Barat. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA