fb fb fb fb fb

Tragedi Stadium Kanjuruhan: Pasukan petugas mahu presiden PSSI letak jawatan

(FOTO AFP)

JAKARTA, 14 Oktober- Pasukan petugas yang menyiasat tragedi Stadium Kanjuruhan yang mengorbankan 132 orang menggesa ketua Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI)), Mochamad Iriawan meletak jawatan, kata seorang menteri tertinggi.

“Secara teknikal, kerajaan tidak boleh campur tangan dalam PSSI, tetapi dalam negara yang berlandaskan moral, etika dan budaya agung, adalah disyorkan presiden PSSI dan semua AJK pelaksana meletakkan jawatan sebagai bentuk tanggungjawab,” kata pasukan petugas itu dalam laporan yang diserahkan kepada Presiden Joko Widodo.

Laporan setebal 124 muka surat itu dikeluarkan selepas Ketua Menteri Keselamatan, Mahfud MD dalam satu sidang media berkata PSSI harus bertanggungjawab.

Mahfud berkata berdasarkan rakaman CCTV daripada 32 kamera yang disemak, kejadian itu didapati lebih mengerikan daripada yang diketahui sebelum ini.

"Kami mendapati bahawa keadaan ramai mangsa yang terjatuh adalah jauh lebih menakutkan daripada apa yang dilihat di TV atau media sosial," katanya selepas bertemu Widodo.

“Kami juga mendapati pihak berkepentingan mengelak tanggungjawab mereka, mereka semua berlindung bawah peraturan dan kontrak yang secara teknikalnya sah,” tambah beliau. -AFP

(Polis Indonesia sedang menyiasat di Stadium Kanjuruhan di Malang/AFP)

Media Baharu