fb fb fb fb fb

Jepun batal sekatan berkahwin kepada wanita bercerai ketika hamil

(Foto hiasan/fail AFP)

TOKYO, 14 Oktober- Kabinet Jepun hari ini meluluskan pembatalan undang-undang yang menetapkan wanita bercerai ketika hamil, perlu menunggu 100 hari sebelum dibenarkan berkahwin semula.

Undang-udang yang telah berkuat kuasa lebih seabad lalu, tidak terpakai kepada orang lelaki.

Undang-udang itu pada asalnya bertujuan mengenal pasti bapa bayi supaya bertanggungjawab dari segi kewangan kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Para pengkritik telah mengadakan kempen menarik balik undang-undang pada 1896 itu -- melarang perkahwinan semula selama enam bulan sebelum disemak pada 2016 -- menyifatkannya sebagai lapuk dan diskriminasi.

Perubahan itu akan menghapuskan peraturan yang memberi hak kepada ibu bapa untuk "mendisiplinkan kanak-kanak pada tahap yang diperlukan".

Kerajaan akan menyerahkan kod sivil baharu disemak itu kepada sidang parlimen semasa yang berakhir pada 10 Disember depan.

Peraturan baharu itu dijangka digubal pada 2024 jika diluluskan, lapor media tempatan.


(Foto hiasan/fail Reuters)

Jepun secara konsisten berada pada kedudukan terendah dalam laporan Indeks Jurang Gender Global tahunan Forum Ekonomi Dunia, yang mengambil kira penglibatan wanita dalam pemerkasaan politik, penyertaan kesihatan, pendidikan dan ekonomi.

Pada tahun 2022, Jepun berada di tempat ke-116 daripada 146 kedudukan.

Dua tahun lalu, kerajaan menangguhkan sasaran hampir dua dekad untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus kaum wanita dalam jawatan kepimpinan sama ada sektor perniagaan dan politik.

Bagimanapun, pelan lima tahun baharu menggariskan usaha akan dibuat untuk mencapai sasaran menjelang 2030 dan bukannya akhir 2020. -AFP

Media Baharu