fb fb fb fb fb

Menteri kewangan Britain 'dipecat'

(Kwasi Kwarteng/File AFP)

LONDON, 14 Oktober - Menteri Kewangan Britain, Kwasi Kwarteng dilaporkan dipecat selepas beliau bergegas pulang awal dari mesyuarat antarabangsa di Washington.

Beberapa penyiar UK menunjukkan rakaman langsung pesawat British Airways yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Heathrow.

Kwarteng sepatutnya menamatkan mesyuarat tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia di Washington hujung minggu ini, selepas mendapat teguran daripada Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva mengenai keperluan untuk dasar "koheren dan konsisten".

Tiada pengumuman segera dibuat mengenai penggantinya, yang akan menjadi menteri kewangan keempat Britain tahun ini.

Perdana Menteri Liz Truss dijadual mengadakan sidang media pertamanya di Downing Street.

(Menteri Kewangan Britain yang dipecat Kwasi Kwarteng menaiki kereta di luar Nombor
11 Downing Street di tengah London/AFP)

Pemecatan Kwarteng meningkatkan tekanan terhadap Truzz kerana beberapa Ahli Parlimen Konservatif dilapor merancang menggulingkan perdana menteri baharu itu hanya lima minggu selepas beliau menggantikan Boris Johnson.

Pergolakan kewangan yang dicetuskan oleh rancangan kerajaan baharu pada 23 September untuk mengurangkan cukai yang dibiayai melalui lebih berbilion-bilion dalam bentuk pinjaman agak reda sejak Bank of England campur tangan dalam pasaran bon.

Tetapi bank pusat itu bertegas akan menamatkan pembelian bonnya hari ini. -AFP

Media Baharu