GAZA, 20 September– Sekurang-kurangnya lapan orang awam terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah kediaman di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza, hari ini.
Memetik laporan agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan berkata insiden turut menyebabkan empat lagi penduduk mengalami kecederaan.
"Mangsa yang tinggal di Tal Al-Nuwairi telah dibawa ke Hospital Al-Awda di kem berkenaan," lapor WAFA.
Selain itu, paramedik dari Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan beberapa kecederaan berlaku apabila tentera Israel menyasarkan sekumpulan orang awam dengan peluru berpandu di kejiranan Zaitoun, tenggara Gaza.
Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Al-Ahli Arab untuk rawatan lanjut.
Serangan Israel ke atas Gaza sejak Oktober lalu telah mengakibatkan 41,272 kematian rakyat Palestin manakala lebih 95,551 orang lagi mengalami kecederaan.
Ribuan mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan dan tidak dapat diselamatkan disebabkan serangan berterusan penjajah tersebut.
BERITA BERKAITAN:
- 'Save the Children' kecam pembunuhan bayi di Gaza
- Tentera Israel tembak konvoi bantuan Gaza
- 18 terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
- Pihak berkuasa GAZA beri amaran krisis kemanusiaan menjelang musim sejuk
- Gaza kehabisan kebanyakan ubat untuk selamatkan pesakit
- Israel terus serang Gaza, enam lagi terbunuh
- UAE segera pindahkan 252 pesakit, ahli keluarga dari Gaza