fb fb fb fb fb

Seorang doktor Palestin antara dua terbunuh dalam serbuan tentera Israel di Tebing Barat

(Ibu (tengah) warga Palestin Mateen Debaya, terbunuh awal pagi semasa serbuan Israel,
berkabung di pengebumiannya di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki/AFP)

JENIN, 14 Oktober- Dua penduduk Palestin termasuk seorang doktor terbunuh dalam serbuan tentera Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, kata kementerian kesihatan Palestin.

Dr Abdullah al-Ahmad "meninggal dunia akibat luka tembakan yang menembusi kepalanya, ditembak oleh tentera penjajah (Israel)", kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Jurucakap kementerian memberitahu AFP bahawa seorang lagi warga Palestin, Mateen Debaya juga terbunuh dalam serbuan di kem pelarian , manakala kumpulan Hamas menamakan Debaya sebagai "pejuang".

Kementerian itu memaklumkan, Ahmad ditembak di luar hospital kerajaan, yang terletak di pinggir kem.

Seorang wartawan AFP melaporkan, doktor itu sempat menjalani pembedahan kecemasan selepas kejadian tembakan sebelum meninggal dunia.

Berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini ketika tentera rejim Israel mengadakan serbuan hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat.

Dua remaja Palestin ditembak mati Sabtu lepas dalam serbuan di Jenin, manakala seorang budak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia dua hari kemudian akibat luka yang dialami bulan lalu, menurut statistik kementerian kesihatan. -AFP

(Rakyat Palestin mengusung mayat Abdullah al-Ahmad, seorang doktor yang terbunuh
semasa serbuan Israel awal hari ini/AFP)

 

 

Media Baharu