fb fb fb fb fb

Putin berkata dia 'tidak nampak keperluan' untuk berbincang dengan Biden

 (Vladimir Putin (dua kiri) bergambar pada Sidang Kemuncak Negara Bekas Soviet/AFP)

ASTANA, 14 Oktober - Presiden Rusia Vladimir Putin tidak melihat keperluan untuk beliau mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat, Joe Biden, ketika ketegangan hubungan Moscow-Washington terus memuncak berhubung pelbagai isu termasuk pencerobohan Rusia di Ukraine

Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Negara Bekas Soviet di sini.

"Kita harus bertanya kepadanya sama ada beliau bersedia untuk mengadakan perbincangan seperti itu dengan saya atau tidak. Sejujurnya, saya tidak nampak sebarang keperluan," kata Putin ketika ditanya mengenai kemungkinan pertemuan dengan Biden di luar Sidang Kemuncak G20 pada bulan depan.

Tambah beliau, penyertaannya dalam sidang kemuncak di Indonesia itu belum diputuskan. -AFP

(Vladimir Putin semasa sidang akhbar selepas menghadiri Sidang Kemuncak Negara Bekas
Soviet di
Astana/AFP)

Media Baharu