fb fb fb fb fb

Pertunjukan bunga api tahun baharu London dibuka semula

(FOTO AFP)

LONDON, 14 Oktober- Orang ramai boleh menghadiri pertunjukan bunga api tahun baharu London pada 31 Disember ini untuk kali pertama sejak 2019, selepas COVID-19 mengehadkannya kepada siaran televisyen selama dua tahun.

Lebih 100,000 orang akan dapat menonton pertunjukan tahunan di tebing Sungai Thames, dengan tiket pertama akan dijual pada Jumaat depan.

Kehadiran orang ramai tahun lepas dibatalkan disebabkan varian Omicron yang mencetuskan satu lagi gelombang jangkitan, setelah dibatalkan pada tahun sebelumnya ketika seluruh Britain berkurung.

Acara itu disiarkan di BBC dan iPlayer dalam talian pada 2020 dan 2021, dan akan disiarkan semula pada tahun ini dengan kehadiran orang ramai.

Paparan dramatik di sekitar roda pemerhatian London Eye di tebing selatan Thames lazimnya menarik ramai orang dari Britain dan seluruh dunia.

(Pertunjukan bunga api tahun baharu London dibuka semula/Google)

"Saya gembira kerana pertunjukan bunga api kami kembali dan warga London serta pelawat ke ibu kota kami sekali lagi akan dapat bergabung bersama di tebing Thames untuk menyambut tahun baharu," kata Datuk Bandar Sadiq Khan.

"Sambutan adalah salah satu malam terbesar tahun ini untuk industri hospitaliti ibu kota kami dan detik yang tidak dapat dilupakan apabila mata dunia beralih ke bandar kami," tambahnya. -AFP

Media Baharu