fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk Bagnacavallo mula bersihkan kediaman

Roberto Faccani / Foto REUTERS

BAGNACAVALLO, 20 September- Penduduk Bagnacavallo di kawasan Emilia-Romagna, utara Itali mula membersihkan kediaman mereka hari ini selepas kawasan tersebut dilanda banjir.

Bekas komander polis setempat, Roberto Faccani menyertai pasukan penyelamat untuk membantu menyelaraskan operasi selepas banjir yang memusnahkan kawasan itu untuk tahun kedua berturut-turut.

Banjir turut memaksa orang ramai meninggalkan kediaman mereka, selain menyebabkan sekolah ditutup.

"Orang ramai mengalami trauma dan hilang semangat. Beberapa orang penduduk di sini telah membina semula rumah mereka (selepas banjir sebelum ini), malah membeli perabot baru," kata Faccani kepada REUTERS.

Pada Mei lalu, hujan lebat dan tanah runtuh menyebabkan 17 orang terkorban dan menyebabkan kerosakan bernilai 8.5 bilion euro di Emilia-Romagna, menurut pihak berkuasa tempatan. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM