fb fb fb fb fb

Tragedi Kanjuruhan: Waris mangsa terima pampasan 50 juta rupiah

(Kelihatan kasut mangsa tragedi bertaburan  di sekitar
Stadium Kanjuruhan selepas kejadian/REUTERS)


JAKARTA, 4 Oktober- Kerajaan Indonesia akan memberi pampasan sebanyak 50 juta rupiah (AS$3,268) kepada sekurang-kurangnya 125 keluarga mangsa yang maut dalam rempuhan stadium bola sepak pada malam Sabtu lalu, menurut seorang Menteri Kanan.

Pejabat Presiden Joko Widodo bercadang memberikan pampasan itu dalam tempoh satu atau dua hari ini.

Kematian akibat rempuhan di Stadium Kanjuruhan di daerah Malang meningkat pada awalnya merekodkan jumlah 174 mangsa serta ratusan lain cedera susulan tembakan gas pemedih mata dilepaskan oleh pihak polis.

Angka rasmi magsa yang maut kemudian disagkan berjumlah 125 orang.

Tindakan yang didorong oleh rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC (Arema) dan Persebaya Surabaya (Persebaya) itu, menyebabkan penonton cuba merempuh keluar daripada stadium.

Kejadian didakwa berlaku apabila penyokong Arema tidak berpuas hati selepas pasukan mereka tewas 3-2 lalu menceroboh ke dalam padang sehingga menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata.

(Pengurus Arema FC, Ali Fikri (kanan) kelihatan menangis semasa menaburkan bunga
sebagai tanda penghormatan kepada magsa rempuhan Stadium Kanjuruhan/REUTERS)

 

Sementara itu, kerajaan Indonesia menggesa polis mengenal pasti dan menghukum individu yang bertanggungjawab ke atas insiden rempuhan di stadium hingga mengorbankan 125 nyawa, manakala 323 orang lagi cedera.

Ketua Menteri Keselamatan, Mahfud MD dalam satu kenyataan, berkata pihaknya mengarahkan polis negara mencari pelaku yang melakukan jenayah itu dalam insiden berkenaan.

"Kami meminta mereka mendedahkan siapa yang melakukan jenayah itu dan tindakan mesti diambil terhadap mereka dan kami juga berharap Polis Negara akan menilai prosedur keselamatan mereka," katanya. - REUTERS

Media Baharu