fb fb fb fb fb

Banjir di Wilayah Chaiyaphum, Thailand terburuk sejak 50 tahun

(FOTO AFP)

CHAIYAPHUM, 3 Oktober- Banjir yang melanda wilayah timur laut Chaiyaphum di Thailand disifatkan sebagai antara yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun.

Gabenornya, Sophon Suwannarat mengisytiharkan empat daripada 16 daerah - iaitu daerah Kaset Sombun, Khon Sawan, Khon San dan Muang sebagai zon bencana, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Dewan bandar raya dan kawasan perniagaan di 25 bahagian ditenggelami air manakala paras air dilaporkan terus meningkat.

Penduduk tempatan turut dijangki penyakit Athelete’s Foot dan penyakit kulit, dan meminta pihak berkuasa menyalurkan bantuan perubatan. -BERNAMA 

(Dewan bandar raya dan kawasan perniagaan di 25 bahagian ditenggelami air
manakala paras air dilaporkan terus meningkat/AFP)


 



Media Baharu