fb fb fb fb fb

Tragedi gudang runtuh, sembilan individu maut

SAO PAULO, 21 September- Tragedi sebuah gudang runtuh di Brazil meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa.

Tragedi berlaku ketika dua calon Kongres, Jones Donizette dan Ely Santos melakukan lawatan ke syarikat kontena Brazil Multiteiner.

Ketika berada dalam gudang, sebahagian daripada struktur konkrit di dalam gudang itu runtuh menimpa mereka dan pekerja syarikat.

Donizette dalam hantaran di laman sosialnya berkata beliau dan Santos kedua-duanya selamat.

Menurut Jabatan bomba, 31 orang individu berjaya dibawa keluar dengan 28 daripada mereka telah dikejarkan ke hospital berdekatan.

Namun, jurucakap jabatan itu percaya masih terdapat lebih ramai orang terperangkap di bawah serpihan runtuhan.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu