fb fb fb fb fb

Tiga terbunuh akibat Taufan Fiona setakat ini

WILAYAH EL SEIBO, 21 September-Taufan Fiona yang membadai Republik Dominican mengakibatkan kerosakan besar dan kerugian harta benda kepada ramai penduduk.

Setakat ini, tiga dilaporkan terbunuh.

Di bandar Dominican El Cuey, penduduk dilihat cuba mendapatkan semula barang-barang dari runtuhan rumah mereka.

Taufan yang membawa hujan lebat dan angin kencang mengakibatkan bekalan elektrik terputus, tanah runtuh serta jalan raya terhalang di negara jiran Puerto Rico.

Fiona ialah taufan pertama yang melanda Republik Dominica sejak Taufan Jeanne mengakibatkan kerosakan teruk pada September 2004.

Taufan Fiona memaksa kira-kira 12,500 penduduk meninggalkan rumah mereka, dan menyebabkan lebih 700,000 lagi isi rumah terputus bekalan elektrik.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu