BRASILIA, 8 Ogos- Ribuan wanita masyarakat pribumi berhimpun di jalan raya Brasilia pada Khamis bagi menyuarakan sokongan terhadap hak wanita, komuniti pribumi tempatan dan alam sekitar.
Perarakan tahun ini mengangkat tema “Tubuh Kami, Wilayah Kami: Kami Penjaga Planet” dan merupakan sebahagian daripada Persidangan Kebangsaan Wanita Pribumi pertama yang berlangsung dari Isnin (4 Ogos) hingga Rabu (6 Ogos).
Peserta mendesak perlindungan terhadap kanak-kanak perempuan pribumi, pemeliharaan wilayah nenek moyang.
Selain itu, cadangan menghapus rangka kerja masa (temporal framework) yang menjadi kontroversi dalam undang-undang tanah di Brazil.
Menteri Hal Ehwal Pribumi, Sonia Guajajara, memuji perarakan tersebut dan berkata acara itu meletakkan wanita “di barisan hadapan, sebagai pemimpin, supaya mereka dapat bersuara sendiri tanpa perantara.”- REUTERS