fb fb fb fb fb

China berusaha bersatu dengan Taiwan, cadangkan model 'satu negara, dua sistem'

(Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan China, Ma Xiaoguang/REUTERS)

BEIJING, 21 September- China bersedia melakukan usaha terbaik untuk penyatuan semula secara aman dengan Taiwan.

Menurut jurucakap kerajaan China, republik berkenaan mendakwa Taiwan yang ditadbir secara demokrasi sebagai wilayahnya sendiri.

"Ini menyaksikan gerakan dan latihan senjata dan ketenteraan dilancarkan oleh Beijing berhampiran pulau itu sejak beberapa minggu," katanya.

Kerajaan Taiwan menolak tuntutan kedaulatan China dan berkata, hanya rakyat pulau itu boleh menentukan masa depan mereka.

China menjalankan latihan ketenteraan berhampiran Taiwan sejak awal bulan lalu selepas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi melawat Taipei, termasuk menyasarkan peluru berpandu ke perairan berhampiran pulau itu.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan China, Ma Xiaoguang, berkata China bersedia untuk merealisasikan perkara itu dengan aman.

"Keazaman China untuk menjaga wilayahnya tidak berbelah bahagi," katanya.

(Pengarah Biro Penyelidikan Pejabat Hal Ehwal Taiwan, Giu Kaiming/REUTERS)


China telah mencadangkan model 'satu negara, dua sistem' untuk Taiwan, serupa dengan formula di mana bekas jajahan British, Hong Kong kembali kepada pemerintahan China pada 1997.

Menurut tinjauan pendapat, semua parti politik arus perdana Taiwan menolak cadangan itu dan ia hampir tidak mendapat sokongan awam.

China juga tidak pernah menggunakan kekerasan untuk membawa Taiwan di bawah kawalannya, dan pada 2005 meluluskan undang-undang yang memberi negara itu asas perundangan untuk tindakan ketenteraan terhadap Taiwan jika ia berpisah.

Kerajaan Taiwan menyatakan bahawa pulau itu tidak pernah diperintah oleh Republik Rakyat China, tuntutan kedaulatannya adalah terbatal. -REUTERS

Media Baharu