fb fb fb fb fb

47 individu didakwa berhubung skim penipuan COVID-19

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 21 September- 47 individu didakwa atas kesalahan berkaitan skim penipuan bantuan COVID-19 berjumlah AS$240 juta dolar di Minnesota, Amerika Syarikat.

Pengarah FBI, Christopher Wray berkata penipuan itu berselindung disebalik Program Pemakanan Kanak-Kanak Persekutuan semasa berlakunya pandemik.

Antara mereka yang didakwa ialah pengasas dan pengarah eksekutif Feeding Our Future, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Aimee Bock, 41 tahun.

Pertubuhan bukan kerajaan itu giat mempromosikan program bantuan makanan kepada kanak-kanak yang sebenarnya tidak wujud.

Menurut Jabatan Kehakiman, Feeding Our Future mendakwa telah membuka lebih 250 tapak di seluruh Minnesota semasa wabak COVID-19.

Hasil penipuan membolehkan sindiket itu membeli kenderaan mewah, harta kediaman dan komersial serta beberapa tanah di luar negara.

Defendan menghadapi pelbagai pertuduhan daripada penipuan dalam talian kepada program persekutuan rasuah dan pengubahan wang haram.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu